Friday, March 22, 2013

Aktiviti Sains : "Pepejal + Cecair = Gas!"



PengenalanCubalah eksperimen mudah ini untuk memperkenalkan pelajar dan anak-anak tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Ia hanya memerlukan barang-barang yang mudah didapati dan tidak sukar untuk disediakan. Ekperimen ini pasti akan membuat mereka tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa atau keadaan jriim!
Apakah yang diperlukan?
Serbuk penaik (baking powder)
Sudu besar
Corong
Cuka makan
Botol
Belon
cawan
Sudu
Apakah yang perlu dibuat?
1. Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol dengan menggunakan corong.
2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu turun masuk ke dalam botol.
3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk dimuatkan ke mulut botol kerana ia bahan-bahan yang akan digunakan agak cepat bertindak balas!
4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan menggunakan corong tadi.
5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu untuk memerangkap gas yang terbebas. 
Apakah yang berlaku / Pengisian Sains
Melalui eksperimen ini pelajar boleh melihat sendiri kedaan jirim yang terhasil apabila sesuatu tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas kimia ini, serbuk penaik (pepejal) bertindak balas dengan cuka (cecair) dan menghasilkan karbon dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan udara yang ada di dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi belon. Belon itu seterusnya membesar dengan campuran udara dan juga gas karbon dioksida.
Eksperimen ini boleh digunakan untuk melihat adanya tiga fasa atau keadaan jirim. Ini dilakukan dengan membuat perbandingan dan melihat perbezaan di antara sifat-sifat keadaan jirim yang berbeza sebelum dan selepas dicampurkan.Tahukah anda?
Mengikut spesifikasi kurikulum kebangsaan, kita dikehendaki belajar tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Menurut kajian saintifik yang terbaru, terdapat lima fasa atau keadaan utama jirim.
Fasa-fasa atau keadaan-keadaan itu ialah pepejal, cecair, gas, plasma dan kondensasi Bose-Einstein (Bose-Einstein condensates).
Unsur-unsur dan sebatian-sebatian boleh berubah dari satu fasa ke fasa yang lain apabila hadirnya kesan-kesan fizikal yang khas. Satu contoh kesan ini ialah suhu. Fasa atau keadaan jirim boleh berubah apabila suhu berubah. Secara amnya, apabila suhu meningkat, jirim berubah kepada keadaan yang lebih aktif.
Fasa menerangkan tentang keadaan fizikal jirim. Kata kunci yang penting di sini ialah perkataan "fizikal". Sesuatu benda hanya bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dengan cara fizikal.
Sebagai contoh, jika tenaga ditambah dan menyebabkan peningkatan suhu atau penambahan tekanan, satu perubahan fizikal akan berlaku. Jika tenaga diambil seperti proses pembekuan atau penurunan tekanan, satu perubahan fizikal juga akan berlaku.

Satu sebatian atau unsur boleh berubah dari satu fasa ke fasa yang lain tetapi masih menjadi bahan yang sama. Anda boleh melihat wap air di atas seperiuk air yang mendidih. Wap air itu (atau gas), boleh terpeluwap dan menjadi setitik air.
Jika anda letakkan titis air itu di dalam peti ais, ia akan berubah menjadi pepejal. Tidak kira apa perubahan fasa pun, ia tetap air dan sentiasa mempunyai sifat kimia yang sama. Itu ialah perubahan fizikal. Dalam erti kata lain, perubahan fizikal tidak merubah sifat kimia sesuatu bahan itu.
Sebaliknya, jika ada perubahan kimia pada air, ia akan merubah cara ia bertindak. Ini adalah kerana perubahan kimia menukar air kepada sesuatu yang baru.
Cubalah!
Ada pelbagai cara lain untuk anda lakukan aktiviti di atas:
1. Masukkan serbuk penaik ke dalam belon. Kemudian masukkan cuka pula ke dalam botol. Muatkan belon di mulut botol. Apabila anda sudah bersedia, masukkan serbuk penaik ke dalam botol melalui belon yang bertindak sebagai "kantung simpanan sementara".
2. Anda juga boleh buatkan aktiviti ini secara berkumpulan. Sediakan barang-barang di atas meja. Pastikan setiap kumpulan mendapat bahan yang sama. Berikan juga secawan air sebagai bahan tambahan. Cabaran setiap kumpulan ialah untuk mencampurkan air, cuka dan serbuk penaik di dalam botol dan menangkap gas yang terhasil di dalam belon. Kumpulan dengan belon yang terbesar akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, ia juga menggalakkan pelajar untuk menggunakan kemahiran proses sains untuk mendapatkan hasil yang terbaik!
Kurikulum Sekolah
Year 5 / Investigating Materials / States of Matter
Selamat mencuba!

Photo credit:
http://4.bp.blogspot.com/-N6FtAqvMdKc/Twz4GpYOWHI/AAAAAAAAG04/TficysLe9qI/s1600/IMG_1433.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_dOJGn2J-VHg/TNr603i83nI/AAAAAAAAAr8/bhwYvWpRaV8/s400/ThreeStatesofMatter.jpg
http://notjustcute.com/wp-content/uploads/2011/07/blog-posts3.jpg
http://static.prometheanplanet.com/images/resources/themes/chemistry/image-chemistry-matter.jpg
http://www.chem4kids.com/files/art/matter_states1.jpg
http://www.chem4kids.com/files/art/matter_changes1.gif
http://www.linkstolearning.com/Images/matter_states2.gif
http://www.plasmas.org/E-4phases2.jpg
http://lh4.ggpht.com/_khjKTH0Ul6Y/SxCPhmaB3tI/AAAAAAAAHh4/dAT4Z7vvESY/Nov%252024,%252020092.jpg
Bacaan tambahan:
www.chem4kids.com
copy by : http://norazharishak.blogspot.com/2012/02/aktiviti-sains-cecair-gas.html

Fakta Sains : "Mengapakah telur berbentuk bujur?


Fakta Sains : "Mengapakah telur berbentuk bujur?

Mengapakah telur berbentuk bujur? Mungkin ia ini adalah kerana ia akan menjadi sukar untuk mengeluarkan telur berbentuk kiub! Tetapi adakah ini sebab sebenarnya ia berbentuk sedemikian?

Jika telur berbentuk kiub, ia akan menjadi satu struktur yang agak lemah berbanding bentuk bujur. Titik-titik lemah berada di tengah-tengah dinding telur berbentuk kiub itu. Seperti yang dinyatakan tadi juga, ini tidak menyelesakan langsung untuk si pemilik telur itu untuk bertelur.



Sejak telur wujud berjuta-juta tahun dahulu, ia sudah mempunyai bentuk yang agak bulat atau hampir sfera. Ini adalah untuk menjadikan proses bertelur lebih mudah.



Bentuk yang kuat adalah sfera.Tetapi jika telur adalah sfera, ini akan menimbulkan masalah apabila telur itu keluar. Ada kemungkinan ia akan bergolek menuruni bukit dan tidak akan kelihatan lagi! Jadi satu sebab bahawa telur berbentuk bujur adalah untuknya bergolek di dalam bulatan. Bentuk sebegitu membuatnya bergolek di sekeliling hujung yang tajam sehingga berhenti. Ia akan beransur-ansur berhenti dengan bahagian hujung yang tajam tadi mengadap ke atas.



Menariknya, telur burung yang membuat sarang di tebing-tebing tinggi mempunyai telur yang lebih bujur dan kurang sfera jika dibandingkan dengan telur burung yang bersarang di atas tanah. Jika telur itu terkeluar dari sarang dan jatuh ke bawah, ia akan bergolek dengan terhad di dalam bulatan kecil. Sifat ini akan mengurangkan kebarangkalian ia bergolek keluar daripada sarang dan tidak kelihatan lagi! Contoh burung yang mempunyai bentuk telur yang sedemikian ialah Common Murre atau Common Guillemot.



Mari kita lihat telur yang mudah didapati, iaitu telur ayam. Jika anda perhatikan sebutir telur ayam dengan lebih dekat, anda akan dapat perhatikan bahawa telur ayam mempunyai hujung yang agak berbeza. Salah satu hujungnya agak tajam berbanding dengan hujung yang satu lagi.



Jika anda cuba menjatuhkannya ke bawah rumput tebal, ia akan melantun dan tidak pecah apabila terkena rumput yang lembut itu. Sifat bujur dan hampir sferanya membantu mengelakkannya dari pecah. Semasa ia jatuh pula, telur itu bertukar arah supaya hujung yang runcing akan bertemu tanah dahulu. Bahagian yang runcing itu merupakan bahagian yang lebih kukuh dan aksi ini tidak memecahkan telur itu.



Anda boleh menyiasat kekuatan telur dengan hanya menggenggam telur itu dengan menggunakan salah satu tapak tangan anda. Secara amnya, anda akan dapati bahawa, telur tidak dapat dipecahkan kecuali menggunakan teknik yang betul. Tetapi, pastikan anda lakukan eksperimen ini di atas suratkhabar!

Photo credit

http://1.bp.blogspot.com/_CarNcodpCMA/Sp3RoAQp6nI/AAAAAAAAEQs/MfeNmtKKR0c/s400/eggsgerman2.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_W23Gc66tuoA/S7SWkNYeZmI/AAAAAAAAAJY/enBtekGHue0/s1600/DSC04012.JPG

http://www.nature.com/news/2008/081002/images/egg-2.jpg

http://www.dreamstime.com/bird%26039%3Bs-eggs-in-nest-thumb11442788.jpg

http://cdn2.arkive.org/media/F3/F30B9805-CE3A-4B1F-B5CD-6837F8D86C1A/Presentation.Large/Guillemots-at-nest-on-rocky-ledge-with-egg.jpg

http://www.ens-newswire.com/ens/jul2009/20090720_murreegg.jpg

http://freeimagesarchive.com/data/media/224/natural%2Bchicken%2Begg.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-QITx_r6qQMc/TVq9bf2IxRI/AAAAAAAA68A/-1nXF1iZYQ8/s1600/Angry-Birds-Golden-Egg%2Bscreens.jpg

copy by : http://norazharishak.blogspot.com/2012/06/fakta-sains-telur-berbentuk-bujur.html?showComment=1364019534323#c6959526782124615442

Thursday, March 21, 2013

MAKSUD PENGURUSAN BILIK DARJAH


Maksud pengurusan Bilik Dajah

- Satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.

- Melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat.


KONSEP BILIK DARJAH

Tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.secara rasmi
Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru.
MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh dalam pengajaran’.


KONSEP PELAJAR ATAU MURID

Akta Pendidikan - pelajar atau murid merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan.


KONSEP GURU


seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan, atau
menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.


PLAN KEDUDUKAN BILIK DARJAH



Plan Kedudukan Kondusif I

Plan Kedudukan Kondusif  II


Plan Kedudukan Kondusif  III

Kepada mana-mana guru yang ingin mendapatkan gambaran plan kedudukan kondusif bilik darjah, boleh la rujuk sini.. sekadar perkongsian.




KAJIAN ETNIK DI SABAH DAY 4


            Dah masuk hari ke empat.. dari pagi-pagi lagi, kami dah pun bertolak dari Kota Belud ke Tg. Simpang Mengayau... atau di kenali hujung Borneo....., pada mulanya.. ak ingat.. tempat ni, biase2 je..macam pantai-pantai kat semenanjung, xde la aku nak teruja sangat datang kat sini. dalam pjalanan sini.. memag la sangat lama.. penat kamai duk atas Van 2... nak tercabut lutut rasenya... masuk je cabag nak ke sana.. ya ampun.. jalan kecik sangat.. lagi la ak jangkakan tempat ni biasa2 je.. 
    
            Tetiba... ak nampak la sebuah pemandangan yang cantik sangat.. tp x sempat ak nk snap guna kamera... mklumla.. x di sangka-sangka... first time dalam hidup ak, jumpa Padi Huma,, aka padi bukit.. dia tanam atas bukut.. berbeza dengan kampung ak di Kelantan dan Kedah.. tanam dalam sawah je.. dah la Tanam atas Bukit.. di tambah pula dengan wana padi yang dah masak ranum.. kuning-keemasan.. cantik sangat..... warna sangat cantik,,,,, x pernah ak jumpa pmandangan secantik ni.. sumpah..!!! x habis lagi ak nk berimaginasi, buat foto shoot kat area padi huma ni,  ak dikejutkan pula dengan keindahan dan keunikan chalet yang di bina.. pelik bin hairan.. camner boleh ada chalet dalam kawasan hutan ni.. mane la ade orang.. hati ku berrkata,,,, dari saat ke saat, ak nampak bilangan Mat salleh yang uncul keluar dari chalet 2.. ak lagi la pelik.. buat apa la sewa chalet di tengah hutan.. bukannye cantik mane, hutan ni.. biase2 je.. macam kat kampung ak je,, hutan kampung ak lagi cantik,,, ada sungai lagi.

        Lepas 2, ak ter nampak la satu pemandangan yang terus memukau mata ak sehinggakan terkeluar kepala ak dari cermin Van.. ni la dia.. pantai paling cantik yang ak pernah tengok kat dunia ni... dah banyak negara ak jelajah.. ni la pantai terindah dan terbersih ak prnah lihat.. pulau panggkor/langkawin soo on kat Semenanjung, Indonesia, Thailand. semua kalah..  ni paling cantikkk....
Ombak yang kecil... pasir yang bersih n putih.. nampak dasarnya.. rase nk terjun, x nak timbul je..
pintu masuk ke Simpang Mengayau
ni geng2 Ustazah n Ustaz.. yang pakai baju merah putih 2, Ustaz juga la.. cuma Major B.Arab.. tp minor tetap agama.. ak je yang kos bukan agama.. tersesat...tp xpe.. layan je..diaorang pun ok.. 

ni golongan Ustazah2.. nk juga masuk dalam Blog kan.. ak bagi je..

ni Fauzan B Ramli.. tp ak bukan nk tunjukkan muka dia,. ak nak tunjukkan belakang dia 2..  2 la hujung Borneo.. di sini lah pertembungan antara dua laut, ombak pun bertembung.. cantik sangat2 tempat ni.. kalau ak di postingkan tempat ni, ak sanggup n terima....Cantik Sungguh Ciptaan Illahi.. 

ni pemandangan dari atas cafeteria dia.. nampak dasar dia,,
ni golongan2 Lelaki Melayu terakhir melompat.. 
Penghujung Borneo... 

yang tepi sekali 2, yang pakai kopiah, En. Saipo.. pensyarah Pengirim kami, orang kelantan.. baik sangat.. sporting SOKMO...
ni Rumah Panjang Etnik Rungus... nama Etnik yang ak x pernah dengar .. datang sini.. baru la tahu. ada Etnik Kaum ni.. nk masuk sini.. kena bayar RM 3 sorang... 

wanita-wanita Rungus.. haha.. ak nak tnjukkan rumah panjang yang kat belakang 2..cantik x?? senibina sangat kukuh n berseni.
tangga nk naik ke rumah Rungus..
ada macam tok batin bermusyuarat x??
ni fikri... sebijik macam tok batin kan?? tengah fikir masalah keluaga kot,.. sabar la tok, keluarga besar. perangai macam2.. hahah..
ahli keluarga RUNGUS... hhaha gurau je..
sape2 nk merasai pengalaman tidur di rumah panjang.. sini ada pakej menginap.. tp ak x tanya pula berapa  harga semalaman. insyaLLah xde nyamuk.. cz ada kelambu...
borak-borak petang bersama masyarakat...
En Saipo memberikan cenderamata kepada penjaga rumah ni.. sape2 yang datang lain kali... tengok2 kan la  pag dari IPG kami.. IPG Kampus Pendidikan Islam..
selesai melawat Rumah Panjang.. kami pun terus balik ke tempat Penginapan.. malam ni adalah malam terakhir kami di Kota Belud.. so kami buat la sikit jamuan.. BBQ... ni tengah hidupkan api,,, menu kami malam ni adalah LOKAN, WING, sosej n PRAWN.. YUMMY... udang mmg la mknan kegemaran ak... ditambah pula makan tanpa nasi.. lagi la... dah la udang 2, besar2.. lagi la melilih air liur ak..
ni.. sape x kenal?? ni unggun api.. nk buat BBQ la.. apa yang ak nak kongi sini adalah. BBQ kat sini, guna kayu Bakau.. yang telah siap di potng n di belah dengan saiz yang sama..cantik sangat.. seragam je.. harga satu ikat RM3.. kami beli 5 ikat.. semua kami bakar.. hahh
sementara menunggu api jadi bara.. kamai sempat la menemu ramah tuan rumah ni, bersal dari Etnik Bajau.. 
ni la dia LOKAN... lepas bakar, makan dengan Perahan limau.. perggh.. nikmat sangat..  Hanya Allah je yang tahu.
udang n longkang di bakar
makan sampil borak-borak... 
hasil akhir.. Alhamdlillah.. kenyang.... 

Saturday, March 16, 2013

PENGALAMAN PBS SIRI 2~~CIKGU FAIZAH~~

SEMPAT MENEMURAMAH GURU PALAING HOT KAT SEKOLAH NI.. GARANG TP PENYAYANG~~ PATUT LA SEMUA MURID DENGAR ARAHAN DIA., HEBAT LACIKGU

Sempatla posing atas meja guru sekolah ni... jgn dengki ye.. 

ni tengah menemuramah guru cemerlang sekolah ni...  banyak la ilmu yang dia bg.. makin semangat ak nk jadi cikgu.. :) cikgu faizah katakan..

murid baru habis beratu.. nk masuk kelas pula..

ni la sekolah yang ak PBS... dekat je dgn Kg ak.. SKHK...

ni guard... tp jenis pemalu.. nk bergambar.. susah sangat.. ni pun gambar curi2 je.. 

MAK CIK CLEANER.. SAJE NK RAPATKAN UKHWAH.. DISKUSI DGN MAK CIK SINI

Ni murid tengah rehearsal utk hari merdeka.. hari kedua sblum tamatnya PBS ak..
sempat la hari terakhir, ak bersama partner PBS ak.. Muhammad Hafizu Aiman.. bergambar dgn guru besar dia... . bye2 SKHK~~~ :( jumpa lagi ye cikgu n murid2 sana..
Assalamulaikum... Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung