Saturday, March 16, 2013

AKTIVITI PENGURUSAN BILIK DARJAH EPISOD 1


GUESS ME IN SCILENT MODE

Alatan: kad perkataan

Objektif :

1. Menyedarkan pelajar betapa pentingnya “Diam Ketika Belajar” dan “Bertanya Sekiranya Tidak Tahu”.
2.Memberi peluang kepada murid untuk menjadi pemimpin.
3.Menyedarkan pelajar betapa sukarnya menjadi seorang ketua.
4. Mengawal kelas agar murid dapat memberi perhatian semasa guru mengajar.

Syarat-syarat permainan :

1.Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil bagi menggayakan perkataan pada “Kad Perkataan”.
2. Setiap kumpulan boleh meneka satu sahaja jawapan.
3.Hanya ketua kumpulan sahaja yang boleh mengumumkan jawapan, dengan bantuan ahli kumpulan.
4.Sekiranya jawapan salah, ketua kumpulan mestilah di tukar, dan digantikan orang lain.
5. Jawapan yang betul akan mendapat 10 markah. Hampir-hampir betul 5 markah. Salah 0.
6. Mana-mana ahli kumpulan yang mengumumkan jawapan akan dipotong 5 markah.
7.Ulang permainan sehingga tercapai objektif permainan.

Langkah:
1. Guru perlu membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan, satu kumpulan mestilah dalam 9-10 orang.
2.  Guru menerangkan syarat-syarat pertandingan.
3. Guru menjemput seorang murid dari setiap kumpulan tampil ke hadapan, kemudian tanpa suara, murid perlu membuat gaya perkataan pada “kad perkataan” yang ditunjukkan oleh guru.
4. Kemudian setiap kumpulan hanya boleh meneka satu perkataan sahaja. Oleh itu ketua kumpulan mesti memainkan peranan penting bagi memilih jawapan dari setiap kumpulan.


Murid melakonkan gaya dan murid diam meneka jawapan

4 comments:

  1. ni blog siapa yer? aiman yer? gmbr ko ada lah..cer tgk btol2..hehe

    ReplyDelete
  2. ye blog geng kami... cikgu math.. mane?? x nmpak pun..

    ReplyDelete
  3. wowo.. ni game teka gaya saya ke?? tp game ni lebih teratur sikit kan?? cz ada syarat permainan.. contoh gaya nk tulis pada card ada x?? kalau boleh nk gaya yang best2 n susah murid nk lakonkan la.. baru best kan?? x gitu cikgu-cikgu milenium??

    ReplyDelete