Tuesday, March 12, 2013

LAWATAN KE INDONESIA (PART 1)


Kami ahli-ahli LASBELA(lawatan sambil belajar) awal-awal pagi lagi telah bersemangat bangun pada jam 4.00 pagi, ada juga yang bangun lebih awal dari itu dan ada yang langsung tidak tidur pada hari itu. Mungkin perasan seronok untuk pergi ke luar negara buat pertama kali. Pada malam sebelum bertolak semua ahli LASBELA telah mengadakan taklimat agar setiap ahli dapat menepati masa untuk berkumpul di garaj bus IPG Kampus Pendidikan Islam pada jam 4.00 pagi. Kami semua sudah diberikan ingatan agar tidak lewat kerana kapal terbang akan berlepas pada jam 7.00 pagi.
            Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Aku dan beberapa rakan ku bersiap-siap untuk mandi dan berkemas diri untuk berkumpul di garaj bus. Setelah bersiap-siap, lebih kurang jam 4.34 pagi kami berkumpul di garaj bus. Ketika saya sampai di garaj bus saya dapati sudah beberapa ahli LASBELA berkumpul. Dalam fikiran otak saya berkata, ‘alamak aku ni terlambat ke?’ nada monolog dalam hatiku. Apabila sampai di garaj bus, masih ramai lagi yang belum sampai, pensyarah pengiring juga belum tiba lagi. Jadi kami ahli LASBELA yang lain mengumpulkan barang untuk dimasukkan ke dalam bus. Kebetulan juga pada jam 4 sehingga 9 pagi saya bertugas untuk membuat laporan. Jadi pada pendapat saya pada pagi tersebut pergerakan agak lambat, pensyarah dan pelajar lewat sampai dan berkumpul di garaj bus. Jadi ketika menunggu ajk yang bertugas telah menghubungi semua ahli dan pensyarah untuk mengingatkan mereka supaya tidak lewat.
Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, pada jam 4.40 kami semua menaiki bus dan mulakan bacaan doa. Sebelum bergerak kami diberi juadah sarapan ringan iaitu air masak dan roti sebagai alas perut. Setelah mengenal pasti semua ahli ada kami pun bergerak ke LCCT. Bus bergerak pada jam 4.58 pagi. Secara jujur saya boleh nyatakan bahawa pergerakan pada pagi tersebut tidak mengangkut jadual yang telah ditetapkan.

Ketika dalam perjalanan lebih kurang jam 5.05 pagi kami mendapat panggilan daripada seorang ahli LASBELA iaitu saudara Asrar yang tertinggal bus. Kami semua terkejut dan bertanya sesama sendiri bagaimana hal ini boleh terjadi padahal sebelum bertolak kami semua sudah mencatat kedatangan. Walau bagaimana pun ajk yang bertugas pada pagi itu mengakui kesalahan tersalah pandang dan cuai. Oleh itu, kami menghubungi semula peserta tersebut agar beliau menaiki motor sendiri ke LCCT. Kami mengharap kesilapan ini tidak berulang untuk masa yang akan datang. Ajk yang bertugas pula sepatutnya memastikan secara lisan dan bertulis kehadiran semua peserta sebelum bergerak.
Tepat jam 5.45 pagi kami tiba di terminal LCCT. Apabila kami sampai di LCCT kami dapat berjumpa dengan saudara Asrar yang ketinggalan bus tadi pagi. Jadi kami semua bersyukur masalah selesai. Setelah sampai kami terus menurunkan barang dari bus ke troli. Kemudian kami berkumpul di hadapan kaunter  tempat memasukkan barang ke ‘luggage’. Pada masa itu jam menunjukkan jam 6.18 pagi. Semasa menunggu memasukkan bag ke luggage, pelajar perempuan pergi solat subuh dan pelajar lelaki menjaga barang, kemudian tukar ganti untuk pelajar lelaki pula. Tetapi malangnya pelajar perempuan solat terlalu lama sehinggakan pelajar lelaki tidak sempat untuk bersolat kerana kekangan masa. Kami terkejar-kejar kerana pada jam 6.38 pagi kami diarahkan ke pintu keluar T11. Hal ini kerana kapal terbang kami berlepas pada jam 7.00 pagi. Oleh itu pelajar lelaki ada sebahagiannya sempat bersolat ketika kami beratur keluar dan sebahagian yang lain tidak sempat solat pada ketika itu kerana menjaga barangan orang yang bersolat.
Seperti saya, saya tidak sempat bersolat subuh di surau. Jadi saya solat di dalam kapal terbang dengan cara duduk. Ia digelar solat hormat waktu dan akan digantikan ketika waktu zuhur nanti. Ia merupakan pengalaman pertama saya bersolat di dalam kapal terbang. Saya harap hal seperti ini tidak akan berlaku lagi untuk masa yang akan datang. Setiap ahli seharusnya peka dan tepati masa agar masalah-masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi. Di samping itu, tepat jam 7.00 pagi kami semua sudah bergerak naik ke kapal terbang. Jam 7.14 pagi kapal terbang mula bergerak dan berlepas.
Jam 7.20 kami berada di atas awan. Kemudian kami diberi juadah sarapan yang telah di tempah secara online. Ia juga pengalaman pertama saya makan di udara di dalam kapal terbang. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta pada jam 9.04 pagi waktu Malaysia iaitu bersamaan jam 8.04pagi waktu Indonesia. BERSAMBUNG...............

No comments:

Post a Comment